Maklumat Bantuan Jabatan/Agensi

Disclaimer/Penafian: Segala maklumat yang tertera adalah tertakluk kepada bantuan bajet yang disediakan.

Jabatan / Agensi: Pertanian | SME Corp | Mardi | Tekun | PUNB | KPDNKK | PNB | Amanah Ikhtiar Malaysia | Bank Rakyat | MDEC | SSM | MyCreative | Perikanan | MARA

Bil. Jabatan/Agensi Jenis Bantuan Kumpulan Sasaran Syarat-Syarat
1. Jabatan Pertanian Negeri Perlis Mesin dan peralatan Usahawan baru
  • Umur 18 tahun – 60 tahun.
  • Pendapatan RM 2000-3000/bulan
  • Pemprosesan makanan berasaskan pertanian seperti roti, biskut, sejuk beku, jeruk buah, coklat dan minuman buah-buahan/kesihatan.
Naik Taraf Bengkel Usahawan bimbingan/sedia ada
  • Bekal bahan binaan sahaja.
  • Kos upah tanggungan usahawan.
  • Penambahbaikan untuk mendapatkan persijilan Mesti dan Halal.
Papan tanda Usahawan baru
  • Usahawan baru yang berdaftar di bawah bimbingan Jabatan dan
  • Menerima bantuan mesin dan peralatan oleh jabatan.
Pembungkusan (plastik logo jabatan) Usahawan bimbingan/sedia ada
  • Usahawan baru yang berdaftar di bawah bimbingan Jabatan dan
  • Menerima bantuan mesin dan peralatan oleh jabatan.
  • Usahawan yang terlibat dengan program promosi jualan.
Kursus hasilan produk, rekod kewangan dan Rancangan Perniagaan (Tenaga pengajar, bahan-bahan kursus) Usahawan bimbingan/sedia ada
  • Usahawan baru yang berdaftar di bawah bimbingan Jabatan dan
  • Menerima bantuan mesin dan peralatan oleh jabatan.
  • Usahawan baru/sedia ada mengikut kategori keperluan kursus.
Pusat Aprentis Usahawan bimbingan/sedia ada
  • Usahawan baru yang berdaftar di bawah bimbingan Jabatan
  • Usahawan yang berpotensi tetapi belum mempunyai premis
  • Tempoh 2 tahun
  • Bayaran bil air dan elektrik adalah tanggungan usahawan.
2. Perbadanan Perusahaan Kecil Dan Sederhana Malaysia (SME CORP. Malaysia) Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) Belia Bumiputera berumur antara 18 hingga 30 tahun Permohonan hanya terbuka kepada mereka yang memenuhi kriteria kelayakan berikut:

  1. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur di antara 18 - 30 TAHUN pada tarikh tutup permohonan dalam talian;
    • Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
    • Ibu / bapa mestilah dilahirkan di Malaysia dan bertaraf Bumiputera.
  2. Pemohon yang mempunyai sijil kemahiran dari institusi / pusat kemahiran tempatan akan diberikan keutamaan;
  3. Belum memulakan perniagaan, namun mempunyai minat yang mendalam untuk mengusahakan perniagaan. Sekiranya telah menjalankan perniagaan, tarikh pendaftaran SSM mestilah kurang 12 bulan daripada tarikh tutup permohonan dalam talian;
    • Hanya mengambil kira pendaftaran SSM kali pertama
    • Bagi graduan institusi pengajian yang telah mendaftarkan perniagaan, tempoh tamat pengajian rasmi mestilah kurang dari 12 bulan daripada tarikh tutup permohonan. Sekiranya terpilih, surat pengesahan tamat pengajian daripada institusi pengajian mestilah dibawa semasa temuduga.
    • Sekiranya ia pembaharuan pendaftaran, maka tarikh perdaftaran baharu tidak diambil kira
  4. Sihat tubuh badan dan boleh menjalankan sebarang aktiviti fizikal dan lasak
    • Tidak mempunyai alahan yang serius (cth: alahan yang memudaratkan sekiranya mengikuti aktiviti lasak di Kem PLKN / kawasan hutan);
    • Tidak pernah menjalani pembedahan / mengalami patah tulang dalam tempoh 6 bulan sebelum tarikh tutup permohonan; dan
    • Pemohon wanita yang disahkan hamil atau sedang dalam tempoh berpantang (100 hari selepas bersalin) sewaktu tarikh tamat permohonan dan / atau apabila menyertai Fasa 1 & 2 Program tidak layak meneruskan Program.
    • Bagi pemohon yang berstatus OKU, pemohon mestilah mengemukakan surat perakuan dan pelepasan Pegawai Perubatan yang bertauliah untuk mengikuti aktiviti fizikal dan lasak.
  5. Pemohon tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan muflis;
    • Pemohon yang sedang berada di dalam proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah juga tidak layak memohon
  6. Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana kakitangan SME Corp. Malaysia.
    • Keluarga terdekat merujuk kepada pasangan suami/isteri dan anak-anak.
  7. Bagi pemohon pasangan suami isteri / adik-beradik, hanya salah seorang sahaja yang layak dipertimbangkan
    • Hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami / isteri / adik-beradik untuk setiap pengambilan.
  8. Pemohon tidak bekerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta; dan
  9. Pemohon tidak pernah menyertai Program ini sebelumnya.

Pemohon hendaklah memenuhi semua kriteria kelayakan yang dinyatakan. Sekiranya didapati bahawa pemohon tidak memenuhi mana-mana kriteria tersebut di atas, pemohon secara langsung adalah TIDAK LAYAK untuk dipertimbangkan. Sekiranya didapati terdapat kepalsuan maklumat yang dikemukakan, permohonan akan DIBATALKAN serta merta.
Program Peningkatan Keupayaan PKS Bumiputera (BEEP) PKS Bumiputera BEEP adalah satu program khusus yang bertujuan untuk mewujudkan dan membangunkan PKS Bumiputera yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik melalui bantuan bersepadu yang komprehensif dengan pendekatan ‘hand-holding’ (bantuan dan nasihat) termasuk memperkukuh perniagaan teras mereka, membina kapasiti & keupayaan, meningkatkan produktiviti dan memudahkan akses kepada pembiayaan yang terdiri daripada:
  • Latihan
  • Pembungkusan dan pelabelan
  • Sistem Pengurusan Persijilan dan Kualiti
  • Inovasi
  • Pengiklanan, Promosi dan Penjenamaan
Business Accelerator Program PKS Business Accelerator Program (BAP) 2.0 adalah program bantuan bersepadu untuk meningkatkan keupayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui khidmat nasihat perniagaan dan kewangan.

Program ini menyokong pelbagai inisiatif peningkatan kapasiti bagi membantu PKS untuk mengembangkan perniagaan mereka di dalam dan di luar negara.
SME Competitiveness Rating For Enhancement (SCORE) PKS Konsep Penarafan Daya Saing PKS bagi Peningkatan (SCORE) yang merupakan alat diagnostik bagi menilai dan meningkatkan daya saing PKS berdasarkan prestasi dan keupayaan mereka.

Mula dibangun dan diperkenalkan pada 2007.

Pelaksanaan awal telah dijalankan ke atas syarikat-syarikat dalam sektor pembuatan untuk mengukur keberkesanan geran-geran yang diterima oleh syarikat-syarikat bagi meningkatkan prestasi perniagaan mereka.

Sejak itu, proses SCORE telah diterima oleh pelbagai sub-sektor di Malaysia kerana ia menyediakan penanda untuk mengukur daya saing dan keupayaan syarikat-syarikat di peringkat firma.

SCORE juga telah digunakan sebagai alat bagi tujuan pemadanan perniagaan untuk akses pasaran yang lebih baik dan juga sebagai petunjuk awal bagi tujuan akses kepada pembiayaan.
Enterprise 50 (E50) PKS Anugerah Enterpris (E50) adalah program anugerah berprestij yang mengiktiraf pencapaian perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia yang bersedia untuk terus maju di masa hadapan. Sebanyak 50 pemenang dipilih daripada pencalonan yang diterima berdasarkan keupayaan kewangan serta kecekapan operasi dan pengurusan.

OBJEKTIF
  • Menggalakkan usaha dalam mengejar kecemerlangan di kalangan syarikat tempatan;
  • Mengiktiraf sumbangan syarikat tempatan ke arah pembangunan negara dan menggalakkan mereka untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam ekonomi;
  • Menggalak dan mengiktiraf semangat keusahawanan di kalangan syarikat tempatan; dan
  • Mewujudkan satu platform di mana syarikat tempatan yang baru dan berpotensi mendapat pengiktirafan dan perhatian yang lebih besar.

MANFAAT PROGRAM.

Pemenang Enterprise 50 akan:
  • Menerima trofi dan sijil Enterpris 50 pada majlis anugerah;
  • Secara automatik dicalonkan untuk Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) dan Anugerah Produktiviti Negara;
  • Layak menggunakan logo Enterpris 50 pada bahan kolateral korporat;
  • Dipaparkan di laman web E50 www.e50.com.my;
  • Mendapat liputan media daripada Business Times, Media Prima, Malaysia SME dan lain-lain media; dan
  • Menjadi sebahagian daripada Alumni Enterpris 50.
1 InnoCERT Usahawan Program pensijilan 1-InnoCERT (Innovation Certification for Enterprise Rating and Transformation ) telah diperkenalkan oleh SME Corp. Malaysia untuk menggalak dan membangunkan syarikat berinovatif di Malaysia sepertimana yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan Inovasi Negara dan Majlis Inovasi Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri pada 29 Oktober 2009.

Ia bertujuan untuk memupuk perusahaan inovatif dengan memanfaat dan meningkatkan Penyelidikan & Pembangunan serta inovasi negara. test BM

Objektif utama pensijilan ini adalah untuk menggalakkan usahawan menceburi bidang teknologi tinggi dan industri yang didorong oleh inovasi.

Dengan lebih banyak PKS yang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti tersebut, ianya akan menjadikan mereka lebih berdaya saing dan akan membantu Malaysia dalam mencapai objektif untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Pensijilan ini diberikan di bawah Program yang mengenal pasti dan mengesahkan syarikat inovatif melalui standard inovasi diiktiraf di peringkat antarabangsa (OECD Oslo Manual V3 ) dan proses pensijilan itu dibangunkan daripada proses sama yang diamalkan di Program Persijilan Innobiz ( Inovasi PKS) Korea.

Syarikat-syarikat yang diperakui di bawah program ini akan diberi akses laluan-pantas apabila memohon insentif untuk membiayai dan memasarkan produk mereka dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan.
National Mark Of Malaysian Brand PKS Kriteria kelayakan untuk National Mark of Malaysian Brand adalah seperti berikut:
  • Perniagaan yang diperbadankan / didaftarkan di bawah perkara berikut:
    • Akta Syarikat 1965(Akta 125);
    • Akta Pendaftaran Syarikat 1965(Akta 197); or
    • Sijil Kemahiran dari Badan Profesional.
  • Beroperasi dari premis yang sah di sisi undang-undang
  • Penarafan minimum 3-BINTANG di bawah penilaian SCORE SME CORP.
  • Untuk syarikat dalam mana-mana sektor dengan Pengesahan ISO 9001 atau setaraf;
    Untuk syarikat dalam Sektor Pemakanan dengan HACCP atau ISO 22000;
    Untuk syarikat dalam Rangkaian Pembekal Automotive dengan ISO/TS16949; atau
    Untuk syarikat dalam Sektor Peranti Perubatan dengan ISO 13485.
  • Mempunyai jenama berdaftar
Business Linkage (BLing) Programme Usahawan SME Corp. Malaysia merancang Program Hubungannya (BLing) untuk mewujudkan peluang bagi hubungan perniagaan melalui Sesi Pemadanan Perniagaan yang dijalankan pada acara perdana tahunan, serta memanfaatkan pelbagai platform dan peluang lain.
Branding & Packaging Mobile Galery (Galeri Gerai Penjenamaan dan Pembungkusan) PKS luar bandar Galeri Bergerak Penjenamaan dan Pembungkusan atau 'Brand Transformer ' telah diwujudkan dengan objektif untuk mencapai sasaran terutamanya PKS luar bandar di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran mereka mengenai kepentingan penjenamaan dan pembungkusan, serta untuk memberi mereka latihan mengenai penjenamaan dan pembungkusan.

'Brand Transformer' telah dibentuk daripada 'wing glider’ berukuran 40 kaki panjang, yang telah diubahsuai dan dilengkapi dengan paparan sampel pembungkusan dan bahan yang interaktif, mesra pengguna serta inovatif.

Program ‘Brand Transformer’ juga menyediakan bengkel penjenamaan dan pembungkusan kepada PKS di seluruh negara.

Agensi berkaitan seperti SIRIM, DDEC , MyIPO dan FMM telah dijemput sebagai rakan kerjasama dan penceramah.

OBJEKTIF
  • Mendekati PKS luar Bandar.
  • Memberi kesedaran tentang kepentingan penjenamaan dan pembungkusan.
  • Menyebarkan maklumat dan memberi khidmat nasihat mengenai penjenamaan dan pembungkusan.
  • Memberi latihan asas kepada PKS luar bandar di seluruh negara.
SME Expert Advisory Panel (SEAP) PKS Kriteria kelayakan PKS:
  • Syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 ATAU Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 ATAU Perakuan Amalan oleh Badan Profesional
  • Memenuhi definisi PKS
  • Sekurang-kurangnya 60% ekuiti yang dipegang oleh rakyat Malaysia
  • Memiliki lesen premis yang sah
SME Mentoring Program PKS - Makanan & Minuman HALAL Lawati cawangan terdekat SME Corp Malaysia untuk mendapat butiran lanjut.
SME @ University Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Lawati cawangan terdekat SME Corp Malaysia untuk mendapat butiran lanjut.
SME University Internship Program PKS Lawati cawangan terdekat SME Corp Malaysia untuk mendapat butiran lanjut.
Minggu PKS Usahawan Lawati cawangan terdekat SME Corp Malaysia untuk mendapat butiran lanjut.
Program Galakkan Export Bumiputera (GEB) PKS Bumiputera Kriteria Kelayakan untuk GEB:
  • Berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965
  • Memenuhi definisi PKS
  • Ekuiti bumiputera 100%
  • Sekurang-kurangnya dua (2) tahun operasi perniagaan
  • Mendapat lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan
  • Kedudukan SCORE 3-bintang dan ke atas
  • Produk / perkhidmatan dibuat di Malaysia
Pameran Tahunan PKS – SMIDEX PKS Lawati cawangan terdekat SME Corp Malaysia untuk mendapat butiran lanjut.
Pinjaman Mudah Untuk PKS PKS Kriteria Kelayakan dan Ciri-ciri Utama
  1. Kelayakan:
    • PKS yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 atau Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1956;
    • Sekurang-kurangnya 60% ekuiti dimiliki oleh rakyat Malaysia;
    • Mempunyai lesen premis yang sah; dan,
    • PKS dengan pegangan saham tidak melebihi 20% yang dipegang oleh syarikat-syarikat awam tersenarai (jika berkenaan)

  2. Sektor:
    • Pembuatan
    • Perkhidmatan berkaitan pembuatan
    • Perkhidmatan (tidak termasuk insurans dan perkhidmatan kewangan)

  3. Jumlah Pembiayaan:
    • Minimum: RM50,000
    • Pembiayaan projek - maksimum RM5 juta. Aset tetap pembiayaan - maksimum RM5 juta
    • Pembiayaan Modal Kerja - RM3 Maksimum juta. Perkakasan IT / Software - RM500,000 Maksimum.

  4. Item Layak Untuk Pembiayaan:
    • Industrial / Commercial tanah dan kilang / premis perniagaan pembinaan, kilang siap bina / premis perniagaan, loji, mesin / peralatan dan perkakasan IT / perisian.
    • Kos yang ditanggung untuk pengubahsuaian kedai awal dan upgrade paparan kedai untuk perdagangan runcit
    • Modal kerja.

  5. Peratusan Kewangan: Aset Tetap / IT Hardware / Software:
    • Sehingga 90% daripada kos aset baru.
    • Sehingga 65% untuk digunakan / mesin / peralatan yang telah dipulihkan yang tidak berusia lebih daripada 5 tahun.

    Working Capital:
    • Sehingga 100% untuk Pembelian Kredit pusingan
    • Sehingga 80% untuk Jualan Kredit pusingan
    • Sehingga 90% untuk Pembiayaan Berjangka

  6. Pembayaran Semula:
    • Aset Tetap / IT Hardware / Software:
      • Tanah & bangunan - sehingga 25 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 2 tahun
      • Loji & mesin & peralatan - sehingga 7 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 1 tahun
      • Perkakasan IT / perisian - sehingga 4 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 1 tahun
    • Modal Kerja:
      • Membeli Revolving Credit & Jualan Kredit Pusingan – sehingga 150 hari bagi setiap pengeluaran termasuk pilihan untuk peralihan bagi tempoh tidak melebihi 60 hari bagi peminjam yang layak
      • Pembiayaan Berjangka - sehingga 3 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 6 bulan

  7. Faedah / Kadar keuntungan:
    • 4% setahun ke atas baki tahunan
Skim Pembiayaan PKS Patuh Shariah (SSFS) PKS
  1. Tertakluk kepada penilaian kredit, kriteria dan had masing-masing bagi Institusi-Institusi Perbankan Islam yang mengambil bahagian ; dan

  2. Mematuhi takrif PKS

  3. Sekurang-kurangnya 60% PKS milik Malaysia: DAN

  4. Memenuhi satu atau lebih perkara berikut pada masa permohonan:
    • PKS diberi nilai dengan sekurang-kurangnya 2 bintang di bawah SCORE
    • Microenterprise (ME) diberi nilai dengan sekurang-kurangnya Tahap 1 di bawah MCORE
    • Disahkan di bawah 1-InnoCERT
    • Disahkan di bawah National Mark of Malaysian Brand
    • Dianugerahkan status MSC oleh MDEC
    • Dianugerahkan status Bio-Nexus oleh Bioeconomy Corporation
    • Disahkan di bawah Pensijilan Teknologi Hijau di bawah Malaysian Green Technology Corporation
    • Syarikat TeraS di bawah TERAJU

  5. Bagi PKS yang tidak mematuhi kelulusan di atas (a-h) tetapi telah diberikan pembiayaan, mereka perlu memohon SCORE / MCORE dalam tempoh 2 bulan dari tarikh kelulusan pembiayaan untuk layak. Jika didapati layak, bahagian rebat keuntungan yang telah dibayar (2% setahun) akan dibayar balik di bawah skim ini dari tarikh pembayaran oleh Institusi Kewangan.

  6. PKS perlu menandatangani akuan dengan Institusi Kewangan yang mengambil bahagian atas permohonan, menyatakan memenuhi kriteria kelayakan di atas dan membenarkan pendedahan maklumat mengenai kemudahan pembiayaan oleh institusi kewangan yang mengambil bahagian kepada SME Corp. Malaysia (sebagai agensi pelaksana) dan Kementerian Kewangan.

  7. PKS sedia ada yang mematuhi kriteria kelayakan dan mempunyai kemudahan yang mematuhi syariah diluluskan pada tahun 2016 dan 2017 adalah layak untuk memohon.

  8. PKS yang menikmati rebat keuntungan di bawah skim lain (contohnya Skim Pembiayaan Teknologi Hijau) tidak layak memohon di bawah SSFS.

  9. PKS yang menikmati rebat keuntungan atau di mana kadar keuntungan adalah di bawah kadar pasaran di bawah dana atau skim lain (termasuk Bank Negara Malaysia) tajaan Kerajaan tidak layak di bawah SSFS, sama ada semasa atau masa depan. Contohnya adalah skim pembiayaan PKS di bawah MIDF, SME Bank dan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau.

Dana Kecemasan PKS (SMEEF) Jenis Bencana Alam
  • Banjir
  • Kemarau
  • Hakisan pantai
  • Tanah Runtuh

Jumlah pembiayaan sehingga maksimum RM100, 000 bagi setiap syarikat dalam bentuk hybrid (gabungan geran dan pinjaman mudah)
Kriteria Kelayakan:
  • Pemohon memenuhi definisi PKS;
  • Sekurang-kurangnya 60% adalah dimiliki oleh warganegara Malaysia
  • Berdaftar di bawah Akta Syarikat 1960 atau Akta Pendaftaran Perniagaan 1956;
  • Memegang lesen premis perniagaan yang sah yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran (Pihak Berkuasa Tempatan)
  • Mengemukakan bukti-bukti bencana alam melalui;
    • Surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah; Salinan laporan polis; dan
    • Laporan Pengesahan dari Pejabat Negeri SME Corp. Malaysia;
  • Beroperasi bagi kawasan yang diisytiharkan bencana oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau Pejabat Daerah

Skop Liputan
  • Geran
    • Untuk kos pengubahsuaian premis akibat bencana alam
    • Lekapan elektrik (yang dipasang di dalam premis) / Distribution Board Switchboard
    • Perabot (lekapan yang dipasang di dalam premis); dan
    • Lantai/Dinding/Pintu
    • Pembaikan mesin/peralatan (yang berkaitan dengan aktiviti teras perniagaan) yang rosak
  • Modal
    • Modal Kerja termasuk bahan mentah, (kecuali gaji dan sewa)
    • Pembelian mesin / peralatan gantian dan kelengkapan asas premis
  • Jangkawaktu / Tempoh Sah Permohonan
    • Permohonan terakhir yang diterima tidak harus lebih daripada 3 bulan selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengisytiharkan kawasan tersebut adalah bebas daripada bencana alam.

  • SME Corp. Malaysia - Pembekal Dana & Pentadbir Geran
  • MIDF - Pentadbir Pinjaman
  • MKN - Rakan Kerjasama
  • Majlis Perbandaran - Rakan Kerjasama
Mengupayakan e-Bayaran PKS Lawati cawangan terdekat SME Corp Malaysia untuk mendapat butiran lanjut.
3. MARDI NEGERI PERLIS Geran ‘In Kind Contribution’ (Ikc) – Dari Moa Usahawan Agroprenuer Muda Mardi
  • Berdaftar Sebagai Usahawan Agroprenuer Muda Dengan Mardi
  • Telah Menjalankan Projek Walaupun Pada Skala Kecil (Membuktikan Komitmen)
  • Sudah Menghantar Salinan Dokumen Diperlukan Seperti Rancangan Perniagaan, Aliran Tunai Dan Dokumen Sokongan Lain
  • Mempunyai Sifat Bertanggungjawab Dan Bersungguh-Sungguh Atas Projek Yang Dijalankan
  • Sudah Menghadiri Latihan Di Mardi
Geran Pemadanan ‘High Impact Product’ (Hip)Dan Geran Pemadanan ‘Change Upgrade Product’ (Cup) – Dari Moa Usahawan Bimbingan Mardi Geran Hip:
  • Sudah Berdaftar Sebagai Usahawan Bimbingan Mardi
  • Sudah Menjalankan Perniagaan Dan Sudah Beroperasi Di Premis Selama Setahun Atau Lebih
  • Jualan Tahunan Melebihi Rm 300 Ribu Setahun
  • Sudah Menjadi Usahawan Bimbingan Mardi 6 Bulan Dan Kea Atas.
  • Komited Dan Bersungguh-Sungguh.

Geran Cup:
  • Sudah Berdaftar Sebagai Usahawan Bimbingan Mardi
  • Sudah Menjalankan Perniagaan Dan Sudah Beroperasi Di Premis Selama Setahun Atau Lebih
  • Jualan Tahunan Tidak Melebihi Rm 300 Ribu Setahun
  • Sudah Menjadi Usahawan Bimbingan Mardi 6 Bulan Dan Kea Atas.
  • Komited Dan Bersungguh-Sungguh.
Kursus, Latihan Dan Bengkel Teknologi Kesemua Usahawan Dan Bakal Usahawan Yang Berminat Tiada Syarat
Bantuan Khidmat Nasihat Teknikal Kesemua Usahawan Untuk Kesemua Projek Selain Projek Berkaitan Kelapa Sawit, Getah Dan Koko
4. TEKUN Nasional Skim Pembiayaan TEKUN Niaga Bumiputera dan warganegara Malaysia
  • Berumur 18 – 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  • Pemohon bukan seorang muflis
  • Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia
  • Mempunyai lessen / permit / Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile)
  • Terlibat secara langsung dan separuh masa dalam perniagaan
  • Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan (SSM) yang berlainan serta rekod bayaran yang baik bagi isi rumah.
  • Had modal berbayar tidak melebihi RM300.000
  • Pembiayaan perniagaan sedia ada (contoh: MARA, AIM, SME, PNS dan sebagainya) tidak melebihi RM100,000.
  • Pemohon telah menjalankan perniagaan. Manakala bagi pemohon yang ingin memulakan pernigaan dikehendaki mempunyai modal sumbangan tunai sendiri minima 20% daripada pembiayaan sebagai komitmen untuk menjalankan pernigaan (progress project)
  • Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon).
  • Bagi Enterprise (Perkongsian), perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan dan rakan kongsi mestilah Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Bagi Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan yang memberikan kebenaran:
  • Penyaluran pembiayaan atas nama Syarikat bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas.
  • Kelulusan pembiayaan atas nama Enterprise (Pemilik Tunggal) bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas boleh dipertimbangkan kelayakannya dengan menggunakan akaun semasa individu pemohon atau Enterprise
Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN Bumiputera & Masyarakat India (Menerusi Dana SPUMI)
  • Bumiputera & Masyarakat India ( menerusi Dana SPUMI )
  • Berumur 18 – 60 tahun.
  • Telah menjalankan perniagaan , mempunyai cadangan atau rancangan perniagaan usaha niaga yang berpotensi dan berdaya maju.
  • Mempunyai lesen / Permit / Daftar Perniagaan ( SSM ) yang sah.
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak (mobile)
  • Pembiayaan perniagaan sedia ada dengan institusi kewangan lain tidak melebihi RM50,000.
  • Membentuk kumpulan lima ( 5 ) orang usahawan ( lelaki dan wanita ) dari kenalan / rakan perniagaan yang boleh dipercayai dan menjalani latihan asas pembiayaan TEKUN Nasional.
  • Ahli keluarga terdekat tidak dibenarkan dalam satu kumpulan.
  • Ahli kumpulan merangkumi pelbagai jenis aktiviti perniagaan yang sah disisi undang- undang.
  • Perniagaan ahli kumpulan hendaklah berdekatan antara satu sama lain dalam lingkungan KURANG daripada 10 kilometer dan bergantung kepada lokaliti perniagaan kumpulan
  • Membayar balik secara mingguan / Dwi mingguan / Bulanan / PD Cheque.
  • Menghadiri perjumpaan TEMAN setiap minggu di tapak perniagaan / Pejabat TEKUN Cawangan / tempat yang bersesuaian bersama pegawai TEKUN.
  • Pembiayaan Bertindih secara berkumpulan selepas 1 tahun atau separuh baki pembiayaan dibenarkan.
  • Perlindungan di bawah Insuran Takaful ( Pembiayaan ) dan Insuran Hayat & Kemalangan
  • Caj Pengurusan TEKUN 4% daripada nilai pembiayaan setiap tahun sepanjang tempoh pembiayaan.
  • Simpanan wajib 5% daripada nilai pembiayaan setiap tahun.*Tertakluk kepada terma dan syarat pembiayaan TEKUN Nasional.
Skim Pembiayaan Program TemanNita Bumiputera & Wanita
  • Bumiputera & Wanita
  • Berumur 18 – 60 tahun.
  • Telah menjalankan perniagaan , mempunyai cadangan atau rancangan perniagaan usaha niaga yang berpotensi dan berdaya maju.
  • Mempunyai lesen / Permit / Daftar Perniagaan ( SSM ) yang sah.
  • Kebenaran menggunakan lesen / permit yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran bagi pembiayaan RM5,000 dan ke bawah sekiranya pemohon gagal menyediakan pendaftaran perniagaan (SSM) di Sabah dan Sarawak.
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak (mobile).
  • Pembiayaan perniagaan sedia ada dengan institusi kewangan lain tidak melebihi RM50,000.
  • Membentuk kumpulan lima ( 5 ) orang usahawan ( WANITA ) dari kenalan / rakan perniagaan yang boleh dipercayai, ahli keluarga terdekat tidak dibenarkan dalam satu kumpulan.
  • Ahli kumpulan merangkumi pelbagai jenis aktiviti perniagaan yang sah disisi undang- undang.
  • Perniagaan ahli kumpulan hendaklah berdekatan antara satu sama lain dalam lingkungan KURANG daripada 10 kilometer dan bergantung kepada lokaliti perniagaan kumpulan
  • Membayar balik secara mingguan / Dwi mingguan / Bulanan / PD Cheque.
  • Menghadiri perjumpaan setiap minggu di tapak perniagaan / Pejabat TEKUN Cawangan / tempat yang bersesuaian bersama pegawai TEKUN.
  • Pembiayaan Bertindih secara berkumpulan selepas 1 tahun atau separuh baki pembiayaan dibenarkan.
  • Menghadiri Seminar Asas Keusahawanan ( SAK ) TEKUN Nasional.
  • Perlindungan di bawah Insuran Takaful ( Pembiayaan ) dan Insuran Hayat & Kemalangan
  • Caj Pengurusan TEKUN 4% daripada nilai pembiayaan setiap tahun sepanjang tempoh pembiayaan.
  • Simpanan wajib 5% daripada nilai pembiayaan setiap tahun.*Tertakluk kepada terma dan syarat pembiayaan TEKUN Nasional.
Skim Pembiayaan KONTRAK-I
  • Skim ini adalah merupakan proses untuk membiayai kontrak dan pembekalan secara terus yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun & GLC.
  • Warganegara Malaysia dan Bumiputera.
  • Warganegara Malaysia dan Bumiputera
  • Umur 18 – 60 tahun sahaja
  • Mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah.
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / perniagaan dijalankan secara sepenuh masa.
  • Pembiayaan sedia ada tidak boleh melebihi RM 100,000.
  • Pemilikan perniagaan adalah 100% milik bumiputera dan modal berbayar (.paid up capital ) tidak boleh melebihi RM 500,000.
  • Mempunyai Inden Kerja / PO / LO / Surat Tawaran mestilah daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun & GLC.
  • Mempunyai lesen daripada Kementerian Kewangan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan ( CIDB ), Perbendaharaan Malaysia ( PMS ), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Badan- badan pelesenan atau pendaftaran lain yang berkaitan yang sah.
  • Syarikat merupakan kontraktor utama yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun & GLC.
Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) Berbangsa dan warganegara Malaysia
  • Berbangsa dan warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 – 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  • Pemohon bukan seorang muflis.
  • Syarikat 100% hak milik berbangsa India dan warganegara Malaysia.
  • Mempunyai lessen / permit / Daftar Perniagaan yang sah (SSM).
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile).
  • Terlibat secara langsung dan separuh masa dalam perniagaan.
  • Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan (SSM) yang berlaianan serta rekod bayaran yang baik bagi isi rumah.
  • Had modal berbayar tidak melebihi RM300.000
  • Pembiayaan perniagaan sedia ada (contoh: MARA, AIM, SME, PNS dan sebagainya) tidak melebihi RM100,000.
  • Pemohon telah menjalankan perniagaan. Manakala bagi pemohon yang ingin memulakan pernigaan dikehendaki mempunyai modal sumbangan tunai sendiri minima 20% daripada pembiayaan sebagai komitmen untuk menjalankan pernigaan (progress project).
  • Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera besart (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon).
  • Bagi Enterprise (Perkongsian), perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan dan rakan kongsi mestilah berbangsa India dan warganegara Malaysia.
  • Bagi Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan yang memberikan kebenaran.
  • Penyaluran pembiayaan atas nama Syarikat bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas.
  • Kelulusan pembiayaan atas nama Enterprise (Pemilik Tunggal) bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas boleh dipertimbangkan kelayakannya dengan menggunakan akaun semasa individu pemohon atau Enterprise
Program Pembangunan Usahawan Profesional Muda Bumiputera Warganeraga Malaysia dan Bumiputera
  • Terbuka untuk warganegara Malaysia dan Bumiputera.
  • Terdiri dari golongan profesional yang mempunyai sijil profesional.
  • Berumur 18 - 50 tahun sahaja.
  • Memiliki sekurang-kurangnya pendidikan tahap ijazah dan setaraf.
  • Jumlah pinjaman sehingga RM100,000.00
  • Tempoh bayaran balik pinjaman sehingga 10 tahun.
  • Tanpa pinjaman dan cagaran.
  • Pemilikan Perniagaan 100% Bumiputera.
Skim Pembiayaan Usahawan Bekas Tentera Warganegara Malaysia dan Bumiputera
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia dan Bumiputera.
  • Terdiri daripada bekas tentera yang berpencen dan tidak berpencen.
  • Berumur 18 - 60 tahun sahaja.
  • Pasangan dan anak di kalangan bekas tentera boleh dipertimbangkan.
  • Kemudahan pinjaman ulangan / bertindih bagi peminjam sedia ada TEKUN Nasional.
  • Kemudahan pinjaman untuk pemohon yang separuh masa menjalankan perniagaan.
  • Jumlah pinjaman sehingga RM 100,000
  • Tempoh bayaran balik pinjaman sehingga 10 tahun.
  • Tanpa penjamin dan cagaran.
  • Kadar simpanan 5% setahun daripada jumlah pembiayaan.
Pembiayaan perniagaan
  1. Peniaga kecil
  2. IKS
  3. Nelayan
  4. Pesara Tentera
  5. OKU
  6. Siswazah
  7. Bekas banduan
  8. Pelatih AADK
  9. Kaum India
  10. Kontraktor (F)

Semua golongan yang menjalankan perniagaan.
  1. Bumiputera dan Kaum India
  2. Berumur 18- 60 tahun
  3. Menjalankan perniagaan
  4. Mempunyai daftar perniagaan yang sah
  5. Mempunyai tempat perniagaan yang khusus (Tetap / Bergerak)
5. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Prosper Runcit
  • Pembiayaan perniagaan
  • Perkhidmatan perniagaan
  • Kemahiran Keusahawanan
Bumiputera Usahawan
  • Bumiputera
  • 18 tahun ke atas
  • Mempunyai ciri-ciri keusahawanan unggul seperti kejujuran, keyakinan diri, berdaya tahan , berfikiran positif, kreatif dan disiplin diri yang tinggi.
  • Membiayai sekurang-kurangnya 10% daripada kos projek.
  • Rekod yang memuaskan dengan mana-mana institusi kewangan.
  • Komitmen sepenuhnya terhadap perniagaan.
  • Sanggup mengikuti kursus-kursus wajib yang dikenal pasti oleh PUNB

Perniagaan
  • Bidang peruncitan
  • Perniagaan 100% milik Bumiputera
  • Perniagaan berdaya maju
  • Lokasi perniagaan telah dikenalpasti
  • Perniagaan yang mematuhi Shari'ah
Prosper Pemborong
  • Produk pembiayaan berasaskan Shari'ah
  • Pembiayaan dari RM500,000 sehingga maksimum RM5 juta
  • Tempoh pembayaran sehingga 7 tahun
  • Pembangunan Korporat & Pemantauan
  • Latihan & Pembangunan Usahawan
Bumiputera Usahawan
  • Bumiputera yang telah menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa
  • Mempunyai ciri-ciri keusahawanan unggul seperti kejujuran, keyakinan diri, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan disiplin diri yang tinggi
  • Mempunyai pengetahuan dalam bidang yang hendak diceburi atau berpengalaman dalam perniagaan pemborongan dan pengedaran barangan
  • Mempunyai rekod yang memuaskan dengan institusi-institusi kewangan
  • Sanggup mengikuti kursus-kursus yang dikenal pasti oleh PUNB
    Perniagaan
  • Didaftarkan sebagai Syarikat Sdn Bhd dengan modal berbayar yang mencukupi*
  • Perkongsian dengan rakan strategik bukan Bumiputera dengan pegangan ekuiti tidak lebih 30%*
  • Skop perniagaan meliputi pemborongan am, pengedaran secara ekslusif dan peruncitan berskala besar dan lain-lain bidang yang berkaitan
  • Mempunyai lesen, hak empunya (proprietary) atau hak pengedaran di atas nama usahawan Bumiputera
  • Perniagaan sedia ada yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun atau/dan pemohon mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang yang dicadangkan
  • Bersedia untuk menyediakan cagaran atau bersesuaian, jika diperlukan
  • Perniagaan yang mematuhi Shari'ah
Prosper Usahawan Muda
  • Pembiayaan perniagaan
  • Perkhidmatan perniagaan
  • Kemahiran keushawanan
Golongan muda Bumiputera Usahawan
  • Golongan muda Bumiputera yang berumur 18 tahun dan tidak melebihi dari 33 tahun pada tarikh pendaftaran.
  • Setiap usahawan perlu menyediakan modal sumbangan minimum sebanyak RM500 (bergantung kepada keperluan projek).
  • Sanggup mengikuti kesemua program yang ditentukan PUNB
  • Tiada rekod yang kurang memuaskan dengan mana-mana institusi kewangan
    Perniagaan
  • 100% milik usahawan Bumiputera dan diuruskan sendiri oleh usahawan
  • Perniagaan yang berdaya maju
  • Perniagaan yang mematuhi Shari’ah
Prosper Teras Pembiayaan
  • Jumlah pembiayaan dari RM100,000 sehingga maksimum RM500,000
  • Pembiayaan berlandaskan Shari’ah untuk tujuan ubahsuai premis dan modal kerja
  • Pembiayaan berlandaskan Shari’ah untuk pembelian aset tetap, stok barangan dan keperluan aset yang berkaitan
  • Tempoh pembiayaan dari 2 - 7 tahun
  • Sumbangan modal sekurang-kurangnya 10% dari jumlah kos projek

Perkhidmatan Peniagaan
  • PUNB turut menyediakan perkhidmatan perkhidmatan seperti berikut:
  • Pembangunan Korporat & Pemantauan
    • Menyediakan khidmat nasihat dan pemantauan ke atas pengurusan dan operasi syarikat untuk membentuk urus tadbir korporat yang cemerlang
  • Pembangunan Korporat & Pemantauan
    • Latihan & Pembangunan Usahawan merangkumi aspek pengurusan kewangan, pemasaran, tadbir urus korporat, motivasi dan pengurusan am
  • Jaringan Perniagaan
    • Membantu menyediakan peluang untuk usahawan meluaskan skop jaringan perniagaan melalui program dan aktiviti yang dikenal pasti
Bumiputera Usahawan
  • Bumiputera
  • 18 tahun ke atas
  • Mempunyai ciri-ciri keusahawanan unggul seperti kejujuran, keyakinan diri, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan disiplin diri yang tinggi
  • Sanggup mengikuti kursus-kursus yang dikenal pasti
  • Mempunyai rekod kewangan yang memuaskan dengan institusi kewangan
  • Sanggup bekerja sepenuh masa

Perniagaan
  • Perniagaan 100% milik Bumiputera
  • Jenis perniagaan persendirian, perkongsian atau syarikat Sdn. Bhd
  • Perniagaan sedia ada dan telah beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Perniagaan yang berdaya maju
  • Perniagaan yang mematuhi Shari'ah
Skim PKS
  • Produk pembiayaan berasaskan Shari'ah
  • Pembiayaan dari RM500,000 sehingga maksimum RM5 juta
  • Tempoh pembayaran sehingga 7 tahun
  • Pembangunan Korporat & Pemantauan
  • Latihan & Pembangunan Usahawan
Bumiputera Usahawan
  • Bumiputera yang telah menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa
  • Mempunyai ciri-ciri keusahawanan unggul seperti kejujuran, keyakinan diri, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan disiplin diri yang tinggi
  • Mempunyai rekod yang memuaskan dengan institusi-institusi kewangan
  • Sanggup mengikuti kursus-kursus yang dikenal pasti oleh PUNB

Perniagaan
  • Didaftarkan sebagai Syarikat Sdn Bhd dengan modal berbayar yang mencukupi*
  • Perkongsian bersama dengan rakan strategik bukan Bumiputera dengan pegangan ekuiti tidak lebih 30%
  • Mempunyai model perniagaan dan strategi pelaksanaan yang baik
  • Berupaya menghasilkan kadar pulangan sekurang-kurangnya setanding dengan prestasi industri yang diceburi
  • Mampu membayar pembiayaan yang sedia ada termasuk pembiayaan yang baru
  • Perniagaan sedia ada yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun atau/dan pemohon mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang yang dicadangkan
  • Bersedia untuk menyediakan cagaran yang bersesuaian, jika diperlukan
  • Perniagaan yang mematuhi Shari'ah
6. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF)

Tujuan Dana
Dana Bantuan Pembangunan Francais bertujuan memberi bantuan kepada pengusaha-pengusaha individu atau syarikat tempatan agar dapat meringankan bebanan, menjadi insentif dan memberi galakan bagi memfrancaiskan produk dan perniagaan tempatan atau luar Negara di Malaysia. Kerajaan tidak memberi bantuan secara penuh kepada pengusaha. Pihak pengusaha perlu juga mengeluarkan modal sendiri bagi memfrancaiskan perniagaan mereka. lni boleh dilihat sebagai satu pelaburan dalam usaha untuk memperbesarkan perniagaan dan menunjukkan komitmen mereka terhadap usaha yang dijalankan. Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF) diadakan sebagai insentif bagi mengalakkan usahawan tempatan untuk menukarkan perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan francais. Melalui dana ini, perniagaan yang telah berjaya berdaftar dengan pendaftar Francais KPDNKK sebagai perniagaan francais (francaisor atau francaisi induk) layak memohon geran dalam bentuk bayaran balik sehingga 90% dari kos yang digunakan untuk membangunkan sistem francais dengan had maksimum RM100,000
Syarikat-syarikat Tempatan
  • Terbuka kepada syarikat francaisor / francaisi induk Bumiputera yang telah berdaftar mengikut keperluan Akta Francais 1998.
  • Syarikat yang menfrancaiskan produk/perniagaan tempatan atau untuk menjadi francaisi induk.
  • Syarikat hendaklah menyertai Program Pembangunan Francais(PPF) Kementerian perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
  • Bantuan perniagaan francais yang boleh mendapat bantuan ini hanyalah bagi “business format franchise”
  • Syarikat yang mula difrancaiskan di dalam tahun 1996 dan seterusnya sahaja.
  • Syarikat yang mendaftar dengan Pendaftar Syarikat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  • Melantik syarikat juruperunding yang berdaftar dengan kementerian Kewangan.
  • Syarikat yang tidak melantik juruperunding boleh juga memohon dengan had maksima yang ditetapkan adalah sebanyak RM25,000 sahaja. Hendaklah memohon menggunakan borang permohonan BPF3
  • Syarikat perlulah telah melantik sekurang-kurangnya lima (5) francaisi Bumiputera

Syarat-syarat Kelulusan
  • Syarikat telah berdaftar mengikut keperluan Akta Francais 1998.
  • Syarikat telah diperakukan sebagai francaisor di bawah Program Pembangunan Francais ( PPF) selepas tahun 1996.
  • Syarikat berdaftar dengan Pendaftar Syarikat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  • Tuntutan ke atas DBPF mestilah tidak melebihi 2 tahun dari tarikh.mendapat lesen francais
  • Syarikat mestilah milik penuh warganegara Malaysia dan telah mempunyai prototaip outlet yang berdaya maju serta mempunyai sekurang-kurangnya 30% keseluruhan francaisi adalah Bumiputera.
  • Setiap syarikat hanya layak mendapat bantuan bagi satu produk sahaja dan jika mendapat bantuan bagi produk yang berbeza maka pengusaha perlu menubuhkan syarikat yang berlainan.
  • Keputusan pemohon dan jumlah kelayakan bantuan akan dipertimbangkan dan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan DBPF.
Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPKF)
SPKF bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kecil (micro-franchising) kepada francaisi tempatan yang berpendapatan kecil dan sederhana dengan pembiayaan maksimum sehingga RM50,000.
Syarikat Tempatan yang berpendapatan kecil dan sederhana
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas dan tidak melebihi 65 tahun pada tarikh permohonan;
  • Terbuka kepada francaisi tempatan dengan perniagaan francais tempatan berdaftar dengan pendaftar Francais di bawah Seksyen 6 Akta Francais 1998;
  • Permohonan Pembiayaan perlu dibuat melalui syarikat Sdn. Bhd. / perkongsian / enterprise;
  • Pemohon adalah usahawan yang merupakan pemilik / pengusaha perniagaan;
  • Mempunyai surat tawaran daripada Francaisor tempatan;
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
  • Perniagaan 100% milik tempatan (milikan tunggal / perkongsian / Sdn. Bhd.);
  • Tidak disenarai hitam oleh institusi kewangan (*laporan CCRIS menunjukkan ansuran tertunggak tidak melebihi 2 bulan);
  • Tidak diisytihar sebagai seorang bankrup;
  • Tidak berhadapan dengan mana-mana prosiding di mahkamah;
  • Perniagaan yang dijalankan adalah perniagaan berasaskan shariah.
  • Terbuka kepada pakej francais yang tidak melebihi RM50,000 dengan margin pembiayaan 90% termasuk MRTA, yuran guaman dan lain-lain kos yang berkaitan;
  • Pembiayaan melebihi RM10,000 diwajibkan mengambil perlindungan kredit takaful yang ditetapkan.
Skim Pembiayaan Francais (SPF) Bumiputera
  • Perniagaan milik warganegara Malaysia atau yang dikawal oleh warganegara Malaysia
  • Perniagaan berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau pihak berkuasa tempatan
  • Nilai aset bersih atau dana pemegang saham tidak melebihi RM 1.5 juta
  • Jumlah pinjaman yang sedia ada tidak melebihi RM 7.5 juta
  • Peminjam hendaklah tidak mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik dengan mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan
  • Peminjam hendaklah terlibat secara lansung dan menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Mempunyai lokasi perniagaan yang khusus dan permit / lesen yang sah
Tranformasi Kedai Runcit (TUKAR) Pemilik Kedai Runcit Tempatan Kriteria Pemodenan TUKAR
  • Modal Insan : Pengusaha berpengetahuan dalam bidang keusahawanan peruncitan.
  • Bahan : 80% komposisi SKU mengikut saranan konsultan dan Bekalan barangan berterusan.
  • Kaedah : SOP, Manual dan Sistem pengurusan pangkalan data pelanggan.
  • Mesin dan Peralatan : POS system, Signboard, Kekemasan lantai, dan Pencahayaan.

Syarat Menyertai Program TUKAR
  • 100% milikan tempatan
  • Umur : 18 - 60 tahun
  • Tidak disenarai hitamkan oleh Bank / Institusi Kewangan
  • Berdaftar dengan SSM
  • Mempunyai Lesen PBT
  • Saiz : < 2,500 kps @ tidak melebihi 2 pintu
  • Minima 1 tahun beroperasi
  • Lokasi perniagaan telah ada
7. Perbadanan Nasional Berhad (PNB) Dana Bantuan Pembangunan (DBPF) Usahawan Tempatan
  • Hendaklah memohon menggunakan borang yang ditetapkan iaitu Borang BPF3.
  • Tuntutan ke atas DBPF mestilah tidak melebihi 2 tahun dari tarikh mendapat lesen francais
  • Syarikat hendaklah menyertai Program Pembangunan Francais (PPF), KPDNKK
  • Bantuan hanyalah bagi ‘business format franchise’
  • Syarikat telah melantik sekurang-kurangnya lima (5) francaisi Bumiputera
  • Setiap syarikat hanya layak mendapat bantuan bagi satu produk sahaja dan jika mendapat bantuan bagi produk yang berbeza maka pengusaha perlu menubuhkan syarikat yang berlainan
8. Amanah Ikhtiar Malaysia Tujuh (7) Skim Pembiayan yang ditawarkan;

Skim pembiayaan Had Biaya (RM)
Mesra 1,000 -2,000
Srikandi 3,000 - 10,000 & 12,000- 20,000
Wibawa 5,000 (max)
Sejahtera 1,000 - 2,000 & 3,000 - 10,000 (max)
Bestari 1,000 - 2,000 & 3,000 - 5,000 (max)
Penyayang 1,000 - 2,000 & 3,000 - 5,000 (max)
Emas 2,000 (max)
Warganegara Malaysia
  • Warganegara Malaysia (mempunyai MYKAD) yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Had kelayakan pendapatan isi rumah ialah RM3,855 dan per kapita RM838
Latihan Kemahiran & Keusahawanan 50 orang peserta Kursus Solekan & Andaman. Pendapatan bawah RM 3,000.00
50 orang peserta Kursus Kulinari.
50 orang peserta Kursus Baik Pulih Komputer
9. Bank Rakyat Pembiayaan Mikro-I MPPK Usahawan - penjaja dan peniaga kecil sepenuh masa
  • Warganegara Malaysia berumur 18 – 60 tahun
  • Terbuka kepada individu atau penjaja dan peniaga kecil yang menjalankan
  • Mikro enterpris secara sepenuh masa
  • Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Tidak muflis
  • Jenis pemilikan yang dibenarkan adalah:
    • Pemilik
    • Persendirian
    • Perkongsian
  • Aktiviti perniagaan yang dijalankan tidak bertentangan dengan Syariah
  • Menjadi ahli persatuan yang berdaftar
  • Tidak mempunyai pembiayaan mikro yang masih berjalan di mana-mana bank/ agensi. Bagi pelanggan yang telah menjelaskan sepenuhnya pembiayaan mikro di mana-mana bank/agensi, adalah layak memohon pembiayaan mikro di bawah programini
10. Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MDEC) Program eUsahawan Warganegara Malaysia, Golongan Belia dan Usahawan Mikro
  • Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Sudah mempunyai produk atau servis untuk dipasarkan
  • Mempunyai keinginan dan minat untuk mempelajari teknik pemasaran digital yang berkesan untuk produk atau servis
  • Memiliki gajet dengan sambungan internet seperti telefon pintar, tablet ataupun komputer riba
  • Boleh bertutur dan memahami Bahasa Malaysia kerana program eUsahawan akan dijalankan terutamanya dalam Bahasa Malaysia
11. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Skim 1Pelajar 1Pendaftaran Perniagaan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S)
  • Sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institusi Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara;
  • Permohonan yang boleh dipertimbangkan adalah bagi satu pendaftaran perniagaan baharu untuk tempoh satu tahun sahaja bagi setiap pelajar di sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini;
  • Pemohon boleh memilih untuk mendaftar perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian ( rakan kongsi hendaklah terdiri dari kalangan pelajar sahaja) ; dan
  • Pembaharuan pendaftaran perniagaan setelah tamat tempoh setahun akan dikenakan bayaran seperti biasa.
12. MyCreative Pembiayaan Mycreative Syarikat tempatan
  • Sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia
  • Sekurang-kurangnya 51% pemegang saham (s) Malaysia
  • Minimum RM20,000 modal berbayar
  • Perniagaan beroperasi dalam mana-mana 10 industri kreatif yang disokong
  • Pemegang saham dan pengarah syarikat mesti mempunyai sejarah kredit yang munasabah
  • Untuk pelaburan ekuiti, syarikat mestilah mempunyai rekod keuntungan minimum 3 tahun yang diaudit
  • Untuk pinjaman, syarikat mesti menunjukkan antara 12 hingga 15 bulan rekod prestasi operasi
13. Pejabat Perikanan Negeri Perlis Bantuan Program Touch Point (Makanan Ikan Dan Benih Ikan- bantuan sekali setahun) Penternak Akuakultur Menjalankan Ternakan akuakultur dan menggunakan kolam ternakan sedia ada
Bantuan Program Touch Point (Jaket Keselamatan, Tong Insulasi Dan Pukat- bantuan sekali setahun) Ahli Sukarelawan Perikanan (Superb) Nelayan laut dan darat tulen
Elaun Sara Hidup Nelayan Dapat (24 orang) Nelayan darat tulen Nelayan darat tulen
Kursus Inovasi Produk Otoshimi dan Surimi Terbuka kepada semua yang berminat
  • Kos pengangkutan ke pusat latihan ditanggung sendiri
  • Makan minum dan penginapan oleh pusat latihan
Kursus Selaman Scuba Nelayan
  • Kos pengangkutan ke pusat latihan ditanggung sendiri
  • Makan minum dan penginapan oleh pusat latihan
14. MARA Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA (PUTRA)
  • Pembiayaan maksimum RM10,000.00
  • Prinsip Qardul Hassan
  • Tanpa Penjamin
  • Ansuran bayaran balik sehingga 36 bulan
  • Tempoh bernafas 3 bulan
  • Pelajar lepasan institusi MARA seperti IKM, KKTM, UniKL, GMI,KPM, KPTM,GIAT MARA yang berumur 18 tahun sehingga 40 tahun
  • Belia dan warganegara Malaysia berumur 18-40 tahun
  • Warganegara Malaysia dan bumiputera
  • Berumur 18 tahun hingga 14 tahun
  • Mempunyai tempat atau lokasi perniagaan yang sesuai untuk jalankan perniagaan
  • Telah menjalankan perniagaan tidak kurang dari 3 bulan
  • Perniagaan telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia melebihi 6 bulan ke atas
Program Usahawan Teknikal (PUTEK)
  • Pembiayaan pembelian mesin dan peralatan iaitu 60% pembiayaan dan 40 di beri geran
  • Had minimum pembiayaan RM3,000.00 dan maksimum RM500,000.00
  • Warga negara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun
  • Pemilik bengkel terutama lepasan Institut Pendidikan Mara (IPMA) yang memerlukan pembiayaan untuk membeli mesin –mesin bagi operasi teknikal
  • Warganegara Malaysia dan bertaraf bumiputera
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan
  • Mempunyai ijazah/diploma/ sijil kemahiran teknikal daripada lepasan IPMa, institusi teknikal kerajaaan seperti IKBN, Politeknik, dan institusi teknikal swasta
  • Mempunyai kemahiran dalam bidang masing-masing samada melalui bidang “apprenticeships” atau pengalaman kerja dalam bidang kerja teknikal berkaitan.
  • Telah mempunyai tapak bengkel untuk perniagaan
Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPIKE)
  • Pembiayaan terbuka kepada kontraktor binaan Gred G1,G2,G3,G4,G5,G6, kontraktor bekalan, kontraktor perkhidmatan, dan kontraktor elektrik
  • Had pembiayaan sebanyak RM1,000,000.00
  • Kadar keuntungan 6% setahun
Kontraktor binaan Gred G1,G2,G3,G4,G5,G6, kontraktor bekalan, kontraktor perkhidmatan, dan kontraktor elektrik
  • Warganegara Malaysia bertaraf bumiputera yang berusia 18 tahun keatas
  • Berdaftar dengan PKK, CIDB, dan Kementerian Kewangan
  • Pembiayaan RM250,000.00 kebawah dikecualikan daripada jaminan
  • Jabatan pemberi kerja terdiri daripada Jabatan atau agensi kerajaan, GLC, dan syarikat senaraian awam
Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPIM)
  • Kemudahan pembiayaan pembelian harta tetap (mesin/ peralatan)
  • Ubahsuai premis perniagaan
  • Modal Pusingan
  • Pembelian food truck / Kontena / caravan
  • Kadar keuntungan 4% setahun
  • Had pembiayaan untuk syarikat milikan tunggal / perkongsian sebanyak RM250,000.00 dan syarikat sendirian berhad RM500,000.00
Usahawan syarikat milikan tunggal / perkongsian / syarikat sdn bhd
  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 18-60 tahun
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang yang dicebur
  • Dapat menyumbang modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek
  • Jaminan pendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah permohonan pembiayaan
Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa)
  • Had pembiayaan sehingga RM50,000.00
  • Kadar keuntungan 4% setahun
  • Tiada jaminan / cagaran
Pelajar lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa)
  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur 18-60 tahun
  • Mendapat sokongan daripada pengawal pusat di tempat belajar /menjalani latihan
  • Menjalankan perniagaan yang sama berkaitan kursus di IPMa
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Tempat dan lokasi perniagaan mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan( PBT)
Kemudahan Pembiayaan Perniagaan Orang Kelainan Upaya (OKU)
  • Had pembiayaan sehingga RM50,000.00
  • Konsep pembiayaan Islam (Qardhul Hassan)
  • Tempoh pembiayaan sehingga 15 tahun
  • Tiada jaminan dan cagaran
Golongan Kelainan Upaya
  • Khusus kepada OKU bagi semua jenis ketidakupayaan kecuali ketidakupayaan mental
  • Mengemukakan kad pendaftaran OKU
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan yang belum beroperasi tetapi mempunyai potensi dan berdaya maju boleh dipertimbangkan
Mobilepreneur “Food Truck”
  • Had pembiayaan RM250,000.00 untuk Enterprise dan RM500,000.00 Sdn Bhd
  • Tempoh bayaran balik sehingga 10 tahun
  • Golongan B40
  • Golongan Belia
  • Usahawan sedia ada
  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur 18-60 tahun
  • Lesen perniagaan yang sah serta lesen-lesen lain yang diperlukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT)
  • Berniaga melebihi 6 bulan
  • Cagaran atau jaminan
  • Mempunyai lesen memandu dan lesen Good Vehicle Driving License (GDL)
Pembiayaan Perniagaan DanaNITA
  • Had pembiayaan sehingga RM50,000.00
  • Kadar keuntungan 4% setahun
  • Tempoh bayaran balik maksimum 10 tahun
Usahawan Wanita Bumiputera
  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur 18-60 tahun
  • Lesen perniagaan yang sah
  • Penyata kewangan 6 bulan yang terkini
  • Perniaagan patuh syariah
  • Terbuka kepada usahawan online dan tidak mempunyai premis tetap
  • Berpengalaman
  • Bebas daripada senarai hitam MARA
  • Cagaran atau jaminan
  • Ujian Psikometrik dikecualikan
  • Cagaran tanah 10% daripada jumlah pembiayaan yang dipohon
  • Penjamin pendapatan tetap bulanan 3% daripada jumlah pembiayaan yang dipohon
Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
  • Kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB)
  • Had pembiayaan syarikat milikan tunggal /perkongsian RM 200,000.00 – RM 500,000.00
  • Syarikat sendirian berhad RM200,000.00 – RM 5,000,000.00
  • Kemudahan pembiayaan seperti cash line facility, documentary credit murabahah facility, murabahah working capital financing facility, bai al-dyan working capital financing facility
  • 1 % setahun daripada jumlah jaminan (termasuk GST 6%)
Syarikat Bumiputera
  • Perniagaan bumiputera status sendirian berhad, perkongsian, dan milikan tunggal
  • Perniagaan telah beroperasi dan mempunyai laporan kewangan beraudit sekurang- kurangnya 2 tahun
  • Modal berbayar sekurang-kurangnya 20% daripada jumlah permohonan
  • Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh bank komersil
MARA Entrepreneur Guarantee Scheme (MEGS)
  • Kerjasama Bank Rakyat
  • Kemudahan pembiayaan untuk modal kerja, pembelian aset, pembiayaan projek / kontrak
  • Had pembiayaan syarikat milikan tunggal / perkongsian RM 200,000.00 – RM 500,000.00
  • Syarikat sendirian berhad RM 200,000.00 – RM 2,000,000.00
Syarikat Bumiputera
  • Perniagaan telah beroperasi dan mempunyai laporan kewangan beraudit sekurang- kurangnya 2 tahun
  • Status carian kredit syarikat adalah memuaskan berdasarkan laporan BMC/CCRIS/RAM
  • Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Bank Rakyat